Assalamualaikum...
Ramadhan ke sepuluh..Ya ALLAH pantasnya DIA berdetik...Tidak sekali-kali DIA menunggu aku...Sedangkan aku masih lagi lalai, buta dan tuli dalam menghargainya..Aku sedar aku tidak pernah menggunakan DIA dengan sebetul-betulnya...Aku memang insan yang lemah..Tidak lepas dari melakukan dosa...Setiap hari aku melakukan dosa...Hari ini dan pagi yang berkat ini aku masih lagi melakukan dosa...Aku tidak tumpukan perhatian dalam kelas, aku tidur, aku bergurau senda dalam kelas, aku...aku...Ah terlalu banyak untuk aku katakan dosaku...
Setiap hari aku menyibukkan diriku dengan sesuatu yang tidak berfaedah, tidak berguna dan mensia-siakannya...DIA memang selalu mencemburui kita..DIAlah raja di dunia..Bukan DUIT seperti yang dibangga-banggakan oleh manusia sekelian..Sekali dia berdetik memang tidak akan berundur lagi..Sesungguhnya DIA memang tidak dapat dibeli dengan DUIT...Jika ada manusia yang mengatakan, "Aku kaya, aku ada DUIT, aku mampu membeli segala benda di dunia ini"... Sesungguhya dia memang seseorang yang rugi..Aku tidak mahu menjadi seseorang yang rugi...Aku rasakan sememangnya tiada manusia yang mahu menjadi seorang yang rugi...Hanya orang yang tidak berakal dan sememangya bodoh mahu menjadi seorang yang rugi...
Tapi, bagaimana untuk aku menjauhinya??? Bagaimana dan bagaimana?? Aku cuba paksa diriku...Aku cuba sememangya aku cuba...Namun adakah cuba aku semata-mata cuba sahaja...?? Persoalan yang memang ada jawapannya padaku...Ah sekali lagi aku mensia-siakan DIA...
Aku cemburu kepada dia yang pandai menggunakan DIA...Sememangnya aku cemburu...Wahai sahabat ingatkanlah aku, sedarkanlah aku, bantulah aku untuk menggunakan DIA dengan sebaik-baiknya..
Ya ALLAH Ya Tuhanku, jagailah mata, mulut, telingga, akal fikiran, tangan dan kakiku dari melakukan perkara yang sia-sia..
Sekian...
No comments:
Post a Comment