Saturday 31 December 2011

AwaL tAhuN 2o12..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah bersyukur saya kerana masih lagi diberi kesempatan untuk menghirup udara segar dan melihat keindahan alam semulajadi...Semoga hari ini segalanya berjalan dengan lancar dan esok serta seterusnya memberi seribu makna buat kita semua..

Lagi seminggu saya dan rakan-rakan akan bercuti...Tak sabar rasanya nak menikmati kesedapan dan kelazatan bercuti walaupun kami hanya diberi cuti selama seminggu...Bersyukurlah pada tiada langsung kan...Semoga cuti seminggu ini dapat digunakan dengan sebaik mungkin...

Wassalam..

Friday 30 December 2011

Azam BaRu..

Assalamualaikum...

Dah lama aku tak menulis di blog...Tak ingat dah berapa bulan...Sempena tahun baru nie aku nak mintak maaf kat semua kawan2 aku...mana laa tahu kan selama perkenalan kita aku ada melalukan salah yang xsedar...Maklumlah kita manusia ni bukannya maksum...Semua manusia tidak sempurna....

So, bercakap pasal tahun baru...Mesti setiap orang nakkan azam baru...Aku pun xfaham la..bagi aku xsemestinya setiap tahun baru perlukan azam baru...Apa guna nak azam baru kalau azam yang lepas xtertunai lagi kan....So, marilah kita sama2 tunaikan azam kita yang belum tertunai 2 lagi...Buang yang keruh ambil yang jernih....k la sahabat...Salam sayang dari saya...

Wassalam....

Friday 12 August 2011

Ramadhan....

Assalamualaikum....

Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk menghirup udara yang segar, melihat, mendengar, bercakap, dan menulis di ruangan ini...

Sedar ataupun tidak kita, hari ini sudah hari ke 13 Ramadhan...Di mana 1/3 Ramadhan telah berlalu...Pantas masa berlalu..Sememangnya amat pantas...












CINTA..

Apa maknanya cinta...
Jika hati tidak sepenuhnya sayang...
Jika hati masih ingatkan yang lain...
Carilah cinta yang sebenarnya...
Cinta yang sememangnya kepada si DIA...
Jangan hanya untuk memenuhi ruang-ruang kosong di hati sahaja...
Itu samalah seperti membunuh diri sendiri...


Nukilan Faradilla...

Tuesday 9 August 2011

BiLa LaGi...??

Assalamualaikum...

Ramadhan ke sepuluh..Ya ALLAH pantasnya DIA berdetik...Tidak sekali-kali DIA menunggu aku...Sedangkan aku masih lagi lalai, buta dan tuli dalam menghargainya..Aku sedar aku tidak pernah menggunakan DIA dengan sebetul-betulnya...Aku memang insan yang lemah..Tidak lepas dari melakukan dosa...Setiap hari aku melakukan dosa...Hari ini dan pagi yang berkat ini aku masih lagi melakukan dosa...Aku tidak tumpukan perhatian dalam kelas, aku tidur, aku bergurau senda dalam kelas, aku...aku...Ah terlalu banyak untuk aku katakan dosaku...

Setiap hari aku menyibukkan diriku dengan sesuatu yang tidak berfaedah, tidak berguna dan mensia-siakannya...DIA memang selalu mencemburui kita..DIAlah raja di dunia..Bukan DUIT seperti yang dibangga-banggakan oleh manusia sekelian..Sekali dia berdetik memang tidak akan berundur lagi..Sesungguhnya DIA memang tidak dapat dibeli dengan DUIT...Jika ada manusia yang mengatakan,  "Aku kaya, aku ada DUIT, aku mampu membeli segala benda di dunia ini"... Sesungguhya dia memang seseorang yang rugi..Aku tidak mahu menjadi seseorang yang rugi...Aku rasakan sememangnya tiada manusia yang mahu menjadi seorang yang rugi...Hanya orang yang tidak berakal dan sememangya bodoh mahu menjadi seorang yang rugi...




“Demi MASA. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan yang beramal soleh.Yang berpesan-pesan dengan KEBENARAN. Yang berpesan-pesan dengan KESABARAN”. ( Surah Al Asr)

Tapi, bagaimana untuk aku menjauhinya??? Bagaimana dan bagaimana?? Aku cuba paksa diriku...Aku cuba sememangya aku cuba...Namun adakah cuba aku semata-mata cuba sahaja...?? Persoalan yang memang ada jawapannya padaku...Ah sekali lagi aku mensia-siakan DIA...

Aku cemburu kepada dia yang pandai menggunakan DIA...Sememangnya aku cemburu...Wahai sahabat ingatkanlah aku, sedarkanlah aku, bantulah aku untuk menggunakan DIA dengan sebaik-baiknya..

Ya ALLAH Ya Tuhanku, jagailah mata, mulut, telingga, akal fikiran, tangan dan kakiku dari melakukan perkara yang sia-sia..





Sekian...

Tuesday 2 August 2011

kARANG JER LAA....

Assalamualaiku sahabat, teman, rakan mahupun kawan serta lawan...??

Aku rasa dah lama aku xmenconteng dan mengarang kat blog nie...maklumlah aku bukannya pandai sangat nak menulis novel nie..lagipun aku kurang aktif sangat dekat blog..kalau nak dibandingkan dengan Facebook yg selalu xbertutup tu...

OK la, sebelum apa2 aku nak mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan..walaupun nie dah hari ke dua namun aku harap semua dapat melaksanakan ibadah wajib nie dengan sabar...yer la selama nie kita dapat makan dan minum tanpa sekatan, namun sekarang semua tu dah xdapat nak kita lakukan dengan senang..bagi yang xdapat nak berpuasa tu aku dapat rasakan bagaimana sukarnya mencari sesuap nasi bila time nie..makan dan minum pun kene main sorok2 kan..yer la takut kita dikatakan tidak menghormati orang yang berpuasa....(harap aku xmacam tu)..

aku sekarang nie tengah pening dengan research yang aku rasakan terlalu susah bagiku...walaupun aku tidak melakukan research secara berseorangan, namun beban tu masih dapat aku rasakan...tajuk research kami ialah ' quality of sleep among nursing's student in UniSZA during prectical time'...erm macam nie laa tajuknya..kalau di dengar pada tajuk tu xder laa susah sangat..tapi pada kami yang baru nak memulakan research nie...mak oiii susahnya....memang susah laa gua cakap sama lu...kalu korang xpercaya tunggulah bila time korang yer....hahahaha

lagi satu apa yang aku tunggu2kan selama nie telah tiba..result final exam...orang lain belom mula sem baru dah dapat result exam...tapi kami??? lain sikit laa...maklumlah result kami bercampur dengan nursing prektikal..kalau xsiap nursing prektikal xsiap laa result kami..

masa bukak portal pelajar..fuh berdebar la plak aku rasa...mata macam xnak tengok jer..jengjengjeng..adus cikit jer lagi..asal aku xdapat erk...??selalu solan nie bermain kat kepala aku...namun bila di fikir2kan balik memang ko xpatut dapat pun..asyik tidur jer dalam kelas, bukak FB seharian, study time nak exam dan selalu membuli kawan...mana ko nak dapat result baik kan...so, aku rasakan memang aku xpatut dapat pun...tapi OK la kan result aku...huhuhu (skill bangga)..k laa kawan2 aku pun xnak bagi tau brapa yang aku dapat...tapi aku bersyukur sangat2 laa....ALHAMDULILLAH...result aku masih boleh dikatakan bagus la...USAHAUSAHAUSAHA...selalu aku gunakan ayat nie...tapi hampeh..aku langsung xbuat..study ikut mood jer...namun aku harap aku dapat berubah pada bulan yang penuh keberkatan nie...AMIN...

k la kawan2..aku nak bersiap-siap nak pergi bazar nie...nak cari juadah untuk berbuka..harap2 ader laa makanan yang bez2 erk...erm apa erk mak aku masak hari nie...udang?? sotong?? ayam??? ker ikan jer??? huhuhu...OK laa selamat berbuka semua... 

nie aku nak tunjukkan gambar aku dan kawan2 bila g bazar....huhuhu...


nie time kitorang tunggu van..
last2 xjadi n naik bas unisza..


ramai gila manusia kat bazar...
sir anuar pun ada skali tengah menembak tu..

sedapnya dapat minum air tebu..
tapi last2 aku beli air mempelam...

ayam golek...golek3...
balik umah nak suh mak beli...

beraneka jenis lauk aku cakap kt korang....
sedap laa kot...

nie yang hampeh skali...
jual okok kat bazar...ish3....

ok laa sekian wassalam....t jumpa lagi di lain waktu....


Monday 16 May 2011

KAMPUNG AIR TAWAR, BESUT TERENGGANU..

ASSALAMUALAIKUM WBT...?

Kawan-kawan nak tahu tak macam mana Kampung Air Tawar mendapat nama...? mesti korang terpikir-pikir kenapa tidak diberikan nama Kampung Air Masin memandangkan dekat dengan pantai...

Yang sebenarnya macam nie..pada zaman dahulu kala, ada seorang jejaka yang handsome lagi tampan..jejaka nie merupakan perantau dari negara luar..kalau tidak silap aku dari Negara Lima Sebatang..jejaka nie merupakan anak orang miskin dan melarikan diri dari negaranya bersama kekasih hati yang bernama cik K..apabila sampai di Kampung Air Tawar, kampung ini telah ditengelami air bah ( banjir ) paras paha..oleh kerana terlalu dahaga dan kepenatan, jejaka n Cik K minum air bah ini dan berhenti berehat..walaupun mereka tahu akan risiko mendapat penyakit 'taun' tetapi kerana mementingkan nyawa mereka, mereka sanggup minum air tersebut. Mereka sangat gembira kerana dapat minum air tersebut..

Lantaran menyukai akan tempat dan suasana ini, mereka sanggup membina penempatan di sini..tambahan pula, negara meraka sudah berjuta-juta batu ditinggalkan( berjalan menggunakan kereta kerbau )..disebabkan inilah Kampung Air Tawar mendapat nama..bermula dari hari itu, mereka telah berkahwin dan melahirkan zuriat..maka Kampung Air Tawar, Besut Terengganu telah menjadi salah satu tempat yang terkenal kerana mempunyai pantai yang cantik dan berhampiran dengan Pulau Perhentian..

sekian

Wednesday 11 May 2011

aku bersyukur padamu..

hari nie exam OSCE aq telah selesai...berlainan dgn sem2 yg lepas...lau dulu aq n kwn2 org first yg masuk exam OSCE...p ari nie aq group ke 2 last...bagi aq, lbih cepat abis lbih senag hidup n kurang beban..xtau laa pulak apa pendapat kwn2 ku..may b ader yg setuju jgk kot...

semasa kitorg berada dlm bilik kuarantin, bilik nie disediakan untuk mengelak kebocoran soalan laa...tahap kedebaran tu xterasa sangat...tp bila lg 5 minit giliran aq...aq xtau nk cakap mcm mn...terasa dup dap dup dap...macam nk meletup jantung..ialah ini kan perasaan normal manusia,..so, aq pn xterkecualilah...

tiba2 nmku n 4 org sahabat yg lain dipangil..xusah nk cakap debarnyer..aku langkahi kakiku dengan bacaan ayat Kursi..moga2 an dipermudahkn segala urusan, berbekalkan doa2 kwn2 yg lain...kemudian aku diletakkan di stesen 1..xtau ap soalan yg bakal keluar..

bila masuk jer...soalannya adalah, lawatan ke rumah untuk bayi 3 tahun yg mengalami malnutrisi...Astafirullah Al 'azim..macam mana nie...aq langsung xbaca..dengan tergugup dan pikiran yg kosong aq memperkenalkan diri n memulakan temuramah kepada ibu kanak2 tersebut...nasib baiklah ibunya bnyak membantu aq..ini mengurangkan sedikit kegugupanku...terima kasih cik kerana membantu sy...

akhirnya kesemua 5 stesen telah ku lalui..masa 25 minit dirasakan terlalu singkat bagiku..berlainan apabila berada di bilik kuarantin..tapi aku dapat rasakan kebanyakan prosedur yg aku lakukan adalah kurang baik..tapi aku redha apa yg terjadi..

kemudian kami pergi menunaikan solat Zohor..dalam solatku aku berdoa " Ya ALLAH ya Rahman ya Rahim..bantu lah aku dan kawan2ku..lembutkanlah hati CI dan lecturer ku..somoga mereka merasa belas kasihan semasa memberikan markah kepada kami..berikanlah kami lulus.. KAU perkenankanlah doaku dan juga doa org2 di sebelahku...aq bermohon kepadamu Ya ALLAH.. 

dan hasilnya doaku diperkenankan..aq salah seorg org yg bertuah dan terkecuali drpd 'repeat'..aku bersyukur kpdMU Ya ALLAH..Alhamdulillah..

Tuesday 3 May 2011

MuSim eXam LaGi..?



masih lagi pada musim exam...apa yg aq buat nie...?sepatutnya aku baca note yg nipis tu..kasi kuat lagi daya ingatan..(he3..mcm indon plop)..entah kenapa aku masih lagi xberubah...angan2 nk dapat cemerlang..sampai 4 flat...tp kalau macam nie laa gaya nya mmg....???dapat3..(koya)..

k laa pergi kpd tajuk yg sebenar..aku bukan apa..nak share dgn kawan2 jer..kt bilik aku nie ader laa aku tampal kata2 motovasi diri n tips yg belajar dengan betol kt dinding 2..(abis kalau tampal kt dinding, mmg sah laa dinding yg bermotivasi...bkn aku..he3..).semua nie aku ambil dari new paper n adik junior aku..buli dorg suh buat kata2 semangat untuk aku..k jom kita pakat bace jom..



STRATEGI MUNGULANG KAJI, MOTIVASI DIRI..??
~ menentukan tajuk yg hndak di ulang kaji n tetapkan niat.
~ menyediakan alat kelengkapan.
~ tempat yg sesuai mngikut gaya diri.
~ sambil membaca nota buat catatan ringkas & lakaran di kertas kosong.
~ catatan bentuk rajah spt peta minda.
~ mendengar pita, video & rakaman.
~ ulang kaji mesti berterusan.
~ jgn mengulang kaji hingga menjejaskan kesihatan.
~ sesekali buat ulangkaji secara perbincangan.
~ adakan ujian kendiri selepas ulangkaji.



TIPS INDIVIDU YANG BERMOTOVASI :
~ sentiasa positif pada diri.
~ sentiasa awal dan mendahului.
~ sentiasa semangat, cekal n tabah.
~ sentiasa tekun n rajin.
~ sentiasa hasilkan kerja yang lebih baik.
~ sentiasa memperbaiki diri.
~ sentiasa berdoa dan bersyukur.


KwN2 inGatLaH..mAsa SentIasa BerDetik..sO, HagaILAh..


bila bercakap jer pasal masa..pernahlah ader pada suatu ketika..ha3..senior aku tanya.." apa yang tidak boleh dibeli dengan duit"..? aku cakap bnyak lah...kasih syg, dosa n pahala.. tapi korang nak tahu x apa..?? jeng3..MASA jawapannya..so, selagi hayat di kandung badan..jgn lah kita termengandung...

nie salah satu kata2 semangat dari adik junior ku..tq adik Asmida..

~ If yOu FAiL to Plan, You PlaN to FAiL..

k laa kwn2 jom kita pakat doa erk..ya ALLAH ya Tuhanku, bantulah aku & kwn2 ku, permudahkanlah segala urusan kami, berilah kami dapat menjawab exam dengan betul & lancar, kuatkanlah daya ingatan kami, lapangkanlah dada kami & sucikanlah hati kami, jagailah mata, mulut, telinga n akal fikiran kami dari melakukan perkara yg sia2..Amin.



k terima kasih...







Monday 2 May 2011

seManGat cKet..

ASSALAMUALAIKUM KWN2...

aku juz copy jer benda nie...aq tau musim exam pn daa nk berakhir..tp nie untuk budak2 nursing unisza batch 09 / 10 jer laa..kita kan ader seminggu lagi nk OSCE...bila pk OSCE jer kecut perut aq nie..he3..

x usah merendahkan diri, Allah bagi semua orang pandai tau!
it is not how you begin, it is how u end that matters
look girl u are as good if not better than anyone out there
bila minda kita positif, then we can be anybody we wanna be
take care, gotta go! tanam semangat suksess selalu
not for anybody else but yrself

so jom kita sama2 berusaha erk...I LOVE ALL my pyen..

Friday 29 April 2011

akHirnya...

he3...seLepas sejam akhirnya bLog aq daa jD...terima Kasih paaH..i love U..

pErtaMa kaLi..


erm..org lain sIbuk nK stdY p aq sIbuk nk buaT blog..tP xpandai...last2 aq pngil House mate aq paah...tp dIe pn lbeY kuanG samer Jer ngn aq...harap jer ader blog...ha3...ap2 pn Jom pakat stdy...blog2 tp stDy tetap stDy